Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan:
"Aku pernah menjahit baju di bilikku, tiba-tiba lampu padam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh. Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu, tiba-tiba Nabi SAW datang kepadaku dari pintu bilik.

Baginda mengangkat lampu dan wajahnya. Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar.

Kemudian aku menghadap kepadanya, lalu aku berkata: “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu.” Nabi SAW berkata: “Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.”

Aku bertanya: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.”

Aku (Aisyah) bertanya lagi: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka, dia tidak berselawat ke atasku”.
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad🌹
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻. Jom pakat2 selawat ke atas Junjungan NABi muhammad SAW .. 😊
.. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ..
.. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ..
.. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ..
 Terima kasih buat Ayahanda Wan Rashid-Aura Minda

Selagi Tak Ada Kesedaran, Masalah Ini Takkan Pernah Habis

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

kes apa yg dimaksudkan MY? baru baru ini pun berlaku lagi. tadi masa majlis pemyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar KAFA..pun di masalah ini di bentangkan..sampai ada yg sanggup bunuh diri..

tentu u alls tahu, apa lagi KES BULI lah..dimana kesedaran anak2 kita tentang kes ini, hari ini dia tengok kat tv, perkara ini berlaku kat sekolah orang lain, tup tup..berlaku di sekolahnya pulak dia pulak..yang sedihnya dia yg jadi pembuli...tak takut ke, pada undang2..dah lah bawah umur, kalau di dapati bersalah...masuk pemjara atau ke sekolah juvana...gelap masa depan..

kerana masalah buli ini juga, ada yg sanggup bunuh diri, ada yg tercedera, ada yg trauma dan macam2 lagi. kesian kat ibubapa mereka tapi kesian lagi ibubapa pembuli..dimana nak letak muka mereka, di atas kesalahan yg dilakukan oleh anak2.

mereka bersusah payah menghantar kita ke sekolah, supaya menjadi insan yg berguna dan berbakti kepada mereka bila dah dewasa, tapi apa yg kita balas diatas pengorbanan mereka..keaiban yg kita beri...

Ya Allah...kau berikanlah petunjuk dan hidayahmu buat anak2 ini, jangan biarkan mereka terus hanyut dalam dunia fantasi mereka, kau bimbinglah mereka agar menjadi insan yg berbakti pada negara, masyarakat dan yg paling penting menjadi anak anak yg soleh dan solehah buat kedua orang tuanya..Aamiin...

Kisah Benar Yang Akan Buat Anda Menangis

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

MY nak kongsi satu cerita yg MY dapat dari wassap...menangis saat membacanya...


Minggu lps saya dengar radio klasik dlm kereta, dlm perjalanan ke pejabat.
Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah pempuan radio tersebut.. tidak lah saya tau nama juruhebah tu....
Kisahnya begini ...

Ada seorang anak lelaki bawak ayahnya yg kena stroke akibat  angin akhmar  ke kedai makan mamak yg terkenal..utk makan tengahari...ayahnya teringin benar nak makan nasi biriani kat kedei tu...masa tu orang ramai dan meja  makan pun rapat2...

Setelah diduduk ayahnya eluk eluk, anak lelaki tu pun pesan makanan terdiri dari lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.

Maklumlah pesakit angin akhmar, dlm keadaan ter ketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju.. seluar.. malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot.... kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang..ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik...

namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai  makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan.. disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan

seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,

"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah,  towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau...
Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu..

Kedua ..kamu  telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan  mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.. .

Pakcik lihat, pekerja2 restoran  mamak pun turut terharu...malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali...

Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."

Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah...saya sayang abah saya...abah kena stroke...moga2 abah cepat  sembuh....".

*** Kasih ibu bawa ke syuga,
      Sayang ayah selama2nya.***

Fakta HIJRAH Yang Perlu Kita Ambil Tahu

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

pantang ada masa terluang, nak menulis rasanya...padahal bukan banyak idea pun..pejam jelik pejam jelik dah masuk tahun baru dalam Islam...sekejap sangat rasanya...masa memang singkat..kali ini MY nak cakap pasal hijrah..alang2 masuk tahun baru ni...

MY bukan tahu sangat pun tentang sejarah Islam ni, tapi tu lah kalau tak tahu.... baca..kan? padahal dari sekolah dah diajar, semacam tak ingat...adoiiii...tapi kan cerita tantang hijrah ni, banyak, yg ni cakap begini, yg tu cakap begitu..kadang2 confius rasa, yg mana satu kita nak ambil sebagai ilmu..

u alls kenal kan Amin Idris, ala..pengacara magnet diri, lelaki Iron Man..hahhaha..MY ada terbaca kat instagram dia, satu fakta yg menarik.tentang hijrah...jom sama2 kita amati dan hayati...


1. fakta sejarah menyatakan Rasulullah saw tinggalkan rumah untuk berhijrah pada malam 27 SAFAR tahun 14 kenabian bersamaan 12@13 september 622M.

2. Nabi kemudian berada di Gua Tsur selama 3 hari bersama Saidina Abu Bakar sehingga 1 Rabi'ul Awal bersamaan 16 september.

3. Nabi tiba di Quba' pada hari isnin 8 Rabi'ul Awal bersamaan 23 september. Baginda berada di Quba' 4 hari.

4. Pada 12 Rabi'ul Awal, selepas solat jumaat, barulah Baginda memasuki Yathrib yg kemudian dinamakan Madinah.

5. Ibnu Kathir di dalam al-Badayah wan Nahiyah merekodkan penetapan kalendar hijrah adalah pada zaman Saidina Umar al Khattab

DAN kesimpulannya, Hijrah Rasul bukan berlaku pada bulam Muharram tetapi pada bulan RABI'UL AWAL. bulan Muharram di tetapkan sebagai bulam pertama dalam Islam oleh Saidina Umar dengan mengambil peristiwa Hijrah sebagai permulaan tahun hijri.

macam mana, pernah dengar fakta ni? ayuh sama2 kita pelajari agar kita menjadi orang yg lebih berilmu...aamiin

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM
1437H

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT KE
KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

Dengarlah Rayuan Masa

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

rakan blogger tersayang...lama2 sekali sempat update blog..adaoiiii, lama tak bagi motivasi..sesekali best juga, bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri juga kan.....

dengarlah rayuan masa....hai, dengar tajuk cam best je kan...tapi kalau baca rasanya lagi best..alamakkk...perasanlah pulak..

ok..macam ni, kalau kita lihat sekeliling kita sekarang, terutama aktiviti remaja, kalau diperhatikan betul2, berapa ramai yang tidak mengambil berat tentang masa. waktu yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kebaikkan seperti belajar, membantu ibu bapa tetapi digunakan untuk lepak atau terlibat dengan aktivitiyang tidak bermanfaat.

contohnya sekarang tempat MY, ada aktiviti rollerblake, adoiiii...bercampur gaul lelaki dan perempuan...takut bila fikirkannya...

sepatutnya setiap saat yang dilalui perlu diisi sebaik mungkin, sebab waktu yang berlalu takkan dapat kita ulangi lagi, kan..masa yang telah pergi, takkan kembali lagi..gituuu.

ustaz selalu bilang, manfaatkan masa muda agar kita mampu menuai kecemerlangan di hari tua..pandaikan ustaz hihiih...

jadi apa lagi, jom kita penuhkan waktu kita dengan aktiviti yang bermanfaat, dari kita bermain rollerblake lebih baik kita kita penuhkan surau kat rumah kita tu..besar pahalanya kan.....

Hina !!! Memang Hina

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


Tidak dapat dinafikan ketinggian martabat ibu bapa dalam agama kita iaitu agama Islam.semua orang tahu, syurga di bawah telapak kaki ibu. ketika kita masih kecil dan kita masih jahil tentang dunia ini, ibu bapalah yang bersusah payah membesarkan kita dan mengenalkan kita kepada dunia.

kita di jaga seperti menatang minyak yang penuh, kerana apa? kerana mereka sayangkan kita. mereka sanggup berkorban tidur lena mereka, semata mata untuk membunuh nyamuk yang cuba mengigit kita, tak makan kerana mahu kenyangkan kita, sentiasa mencuba penuhi kemahuan kita....

tetapi.....apabila besar, alangkah teruknya anak anak yang meninggalkan ibu bapa dengan pelbagai alasan. sibuk dengan kerja, dah ada keluarga sendiri dan sebagainya. apa kata jika masa kita kecil dahulu, ibu bapa kata kepada kita yang meraka sibukdan tidak mahu menghiraukan kita? tepuk dada tanya selera...

Kisah RM 0.30 Yang Menyentuh Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


Cikgu : Kenapa Ahmad tak rehat? 

Ahmad: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu ... kat kantin 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa . 
Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen.
Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Ahmad tertunduk malu) 

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2015 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya .. 


Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ? 


Ahmad: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Ahmad dgn bersahaja.
"Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.." 


Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg.. 


Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan.
Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..


mungkin cerita nie nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah ....aamiin..


terima kasih abah Wan Rashdi..sebab sudi berkongsi cerita ni, MY abik dan share dengan semua blogger...

Jangan Takut, Mulakan Biz Anda Dari Sini

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

apa khabar semua, MY ni kejap ada kejap tak ada, apa masalah pun tak tahu, kalau beri jawapan pun rasanya jawapan yg sama juga, bizy bizy bizy...bizy dengan apa? meh sini MY nak bagitahu..

u alls semua pasti ada FB, dalam fb, bukan je dapat kawan yg ramai tapi kita juga boleh ber-bisness, tapi ramai yg takut nak mula, kenapa? sebab perlu keluarkan modal, kena cari orang, kena jual barang dan macam2 lagi, tapi ada satu biz yg pasti menarik minat u alls, tak cuba rugi tahu,



AUTODOWNLINE?
Sistem hebat dan tengah panas sekarang ini.Hanya daftar percuma di link ini,peluang jana pendapatan tanpa menjual,
tanpa simpan stock, 
tanpa cari orang 
atau pun jumpa orang...
orang sendiri akan cari anda.. 
kerja anda hanya promosikan link anda sehaja...
Nak tahu lebih detail,daftar percuma di sini:
http://AutoDownLine123.com/?ref=37076 
Anda tidak akan rugi apa2,tapi rugi jika lepaskan peluang ini.

betul, u alls tak perlu langsung keluarkan modal, MY dah mulakan, takkan u alls nak lepaskan peluang yg hebat ini, sambil berblog pun kita boleh jana pendapatan yg lumayan..jangan lupa

SIGH UP = FREE
http://AutoDownLine123.com/?ref=37076

Belum Cuba Belum Tahu

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

gambar tak ada kena mengena dengan entri, saja nak letak, jangan marahhh....

"KITA TIDAK TAHU JIKA KITA TIDAK MULAKAN,"

apa yang kita tidak akan tahu? kalau kita inginkan sesuatu, mana boleh kita duduk diam saja kan? ungkapan di atas, nampak macam mudah je di ucapakan, tetapi kalau kita tak amalkan, macam mana kita nak hidup berjaya, betul tak?

kita ni, mana tahu kekuatan sebenar yang kita ada, cuba kita lihat, dah ramai kat luar sana yang mampu menawan puncak Everest yang tinggi dalam kesejukan, ada juga yang telah menerokai angkasa lepas untuk mendarat di bulan dan banyak lagi kalau kita selidiki.


semua itu akan kita ketahui hasilnya, setelah kita MULAKAN LANGKAH PERTAMA,

"IKAN DITUBA DARI PERAHU,
BELUM CUBA BELUM TAHU"

dengan ilmu, kemahiran dan usaha betul yang bersungguh sungguh dan tidak lupakan Allah, In shaa Allah kita akan berjaya..

Ingatlah, melengahkan tindakan bermakna kita melengahkan permulaan, Melengahkan permulaan bermakna kita melambatkan kejayaan kita

Tempahkan Bilik Untuk Ku Di Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


kali ini MY nak kongsi satu cerita yg mambuatkan hati dan jantung kita bergegar..jagikan ia sebagai pengajaran dan panduan untuk kehidupan kita, agar kita sentiasa di landasan yg betul...

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu. 

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau Neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. 

Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku, " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih
muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.

Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillahminzalik, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Jangan Pernah Lupakan Aku

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


gagal dalam kematian jauh lebih teruk daripada gagal dalam peperiksaan. kita boleh gagal dalam hidup, tetapi jangan sampai gagal dalam kematian. maksudnya jangan sampai kita mati dan tercatat sebagai orang yang gagal di sisi Tuhan.

maka belajarlah daripada kematian. banyak banyaklah mengingati kematian. buat persedian yang matang untuk menghadapi kematian.

jangan lupa kematian, kerana kematian tidak pernah lupakan kita. jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya, kerana kelupaan itu akan menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian. jangan tak bersedia dalam menghadapinya, kerana kematianitu sentiasa mengintai dan bersedia untuk mencabut nyawa kita.

jangan tunggu lagi, ambillah pelajaran sekarang juga. buat persediaan secepatnya. agar pada akhirnya kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati. seorang pemenang yang mendapat iktiraf daripada khalik, bukan sekadar iktiraf daripada makhluk.

"Si pintar mungkin berjaya dalam hidup tetapi hanya si bijaksana akan berjaya di hujung kehidupan"

sumber asal: Mencari Husnul Khatimah

Resepi Biskut Sarang Semut by Mizz Yatiey

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

hai u alls, eeemmm...hari ni tak sempat berblogging, kenapa? sebab dah start kerja, kalau kerja memang tak sempat nak buka blog, jangan kata blog, laptop pun tak sempat pegang haaaa...

walaupun letih, MY tetap nak berkongsi dengan u alls, resepi. biskut yg dah memang cukup popular..sarang semut, kalau hari raya tak ada biskut ni, macam tak lengkap pulak kan? sama juga macam biskut dahlia..

Resepi yg MY nak kongsi, cukup simple...so nanti senang senang buatlah..jangan lah malas..


bahan utama:

1 cawan gula (gula halus lagi cantik)
1 1/2 cawan marjerin
1 biji telur (kuning saja)
3 cawan gandum ( MY guna tepung cap rose)
1 sudu esen vanila
coklat urai
boleh campur tepung jagung atau kastad, tapi MY guna tepung hong kei je ( tepung harus ajak dulu ye..)

cara cara nya pula..

1.  macam biasa ambik gula dan marjerin, putar sampai sebati, jangan sampai kembang

2. masukkan kuning telur, putar lagi lepas tu masukkan esen vanila

3. masukkan tepung sikit demi sedikit, adun adunan sampai sebati dan menjadi doh yang lembut

4. bila siap adunan kena perap sekejap atau simpan dalam peti ais

5. lepat tu parut dangan acuannya..masukkan dalam mangkuk kertas serta taburkan coklat urai dan bakar. waktu bakar, ikut tahap oven u alls lah..MY guna oven murah je, biasa bakar dalam masa 20 minit.

aaa....macam mana? senangkan,, biskut ni memang cerewet sikit, tapi hasilnya..sedapppppp..selamat mencuba

Akhlak Mulia Jadi Pilihan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

satu dua entri terbaru dari MY banyak berkisarkan akhlak. akhlak yg baik memang digalakkan dalam islam. siapa yg tak nak berakhlak baik, bila kita baik semua orang sayang..kita kan ada idola, Rasulullah saw..idola seluruh ummat islam..tiada insan paling elok akhlaknya melainkan Nabi Muhammad saw...


tapi kita ni manusia biasa, memang terkadang terpesong juga, tapi kita boleh betulkan..sejuk perut ibu mengandung andai kata anak yang dikandung selama 9 bulan itu menjadi anak yang baik dan soleh solehah..

cuba kita ingat balik, zaman sekolah dulu, apa yg kita belajar tentang akhlak Rasulullah saw.banyak dan salah satunya,.baginda payah terpengaruh dengan cara hidup masyarakat sekelilingnya yang menyembah berhala, tapi cuba lihat sekeliling kita pulak,..u alls fikirlah sendiri, dengan adanya laman laman sosial, tv, video..tapi kita tak boleh salahkan semua itu...sebab semuanya pilihan kita.


sebenarnya akhlak mulia yg diamalkan Rasulullah saw banyak, yg MY bagi tu, cuma salah satu contoh..berakhlak mulia ni, impian semua orang, kita akan sentiasa disayangi...bukan saja oleh Allah tapi oleh semua manusia.

apa kata mulai sekarang kita semak diri kita setiap saat dan kita terapkan ke dalam diri anak anak kita pula...agar ianya sentiasa indah..

Alhamdulillah...Kekalkan Sentiasa

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

apa yang nak di kekalkan? ada ada je MY ni kan? manusia ni punya macam macam sikap dan sifat..ada yang baik ada yang buruk, dah nama manusia mana ada yang sempurna..itu di akui..
tapi kalau dah punya sikap yang baik, kekalkanlah..malah kita tambah ramuan lagi agar ia lebih indah

orang yang punya sikap macam ni, sentiasa di sayangi..u alls tak nak ke di sayangi..kalau MY lah, uuuuu...suka sangat..panjang pulak mukadimahnya..sebenarnya MY nak citer sikit tentang sikap menghargai..sikap ni sebenarnya senang je nak di pupuk...yang penting kita nekad, MY bagi contoh..

Mensyukuri  nikmat
orang yang tahu menghargai, akan sentiasa melafazkan syukur kepada Allah atas nikmat yang di kurniakan walaupun sedikit. yg ini kita kena amalkan..baru hidup kita akan bahagia


membantu ibu bapa
ini pun sikap menghargai..menghargai pengorbanan ibu bapa yang telah membesarkan, mendidik, menjaga kita , sabagai tanda penghargaan dan terima kasih, kita boleh membantu dalam melakukan kerja rumah tanpa di suruh..kan?

senyuman
senyuman pun sikap menghargai ke? eeemmm...dengan memberi senyuman juga tanda penghargaan. lagipun ia adalah satu cabang sedekah yang sangat mudah kita amalkan.

kita kan ummatnya Rasulullah saw...Rasulullah seorang yang sangat menghargai..tak percaya? baca kat sini

Sanggup Berkorban Demi Anak

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


bila tah MY nak masuk kerja, tunggu panggil tak panggil2 lagi, abik peluang bermanja dengan blog MY lah, pagi2 buka akbar, terbaca berita yg agak sedih, tentang pengorbanan ibu.. kita selalu dengar banyak kisah tentang pengorbanan ibu, jarang sangat tentang pengorbanan anak, kenapa eerrkkkk...

betullah apa yg selalu di ucapkan orang, ibu boleh jaga 10 orang anak..namun , anak belum tentu boleh jaga ibu seorang..u alls dah baca ke kisah tu, kalau belum klik kat sini



kata syurga itu dibawah telapak kaki ibu, tapi kenapa ramai yg masih mengabaikan dia, bukan saja abaikan malah ada yg sanggup memaki hamun yg lebih parah yg sanggup pukul dan bunuh ibu sendiri..subhanallah...minta di jauhkan dari kita sikap kejam itu..


ini lagi satu sikap yg memang tak lari dari kita, merungut, baru je ibu suruh pergi ke kedai, dah bising, ini bukan je ada pada anak dewasa, yg kecik2 pun banyak, pantang suruh, ada je alasan, tapi kalau nak sesuatu untuk dia, laju je suruh ibu, ada ibu merungut...



hidup kita ni, kalau nak bahagia, senang dan tenang, redha ibu itu penting, kerana redha Allah datangnya bersama redha ibu....bagai di kata, "biarpun solatmu beribu ribu rakaat, sedekahmu berjuta juta ringgit, hajimu berkali kali, saat kau gores luka di hati ibumu, SYURGA ITU BUKAN MILIKMU"

Al Fatihah buat ayahanda dan bonda
Awang b. Hj Chik dan Munah bt. Jusuh