Rahsia Dan Impian Seorang Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Setiap hari kita sentiasa bercerita tentang wanita. Tentang wanita solehah, wanita muslimah, tentang impian wanita kan?, kita jarang dengar kisah lelaki, bukan tak ada, ada, tantang lelaki soleh, lelaki maskulin..hahaaa..tapi jarang kita dengar tentang impian lelaki kan? Jadi hari ini, KY nak ajak semua rakan KY menyelidiki dan mengetahui apa impian seorang lelaki. Nak tahu..jom sama-sama kita bongkar rahsia seorang lelaki....



Impianku adalah ingin menjadi pemuda yang beriman, Disaluti rasa gerun dan takwa kepada Allah, Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap Islam, Solatku lambang maruah diriku, Ilmu sentiasa diburu, disebar dan diimarah, Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala, Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fisabilillah, Tidak takut berkata benar, Tidak pernah gentar melawan nafsu.

Impianku adalah menjadi pemuda yang menjaga tutur katanya, Tidak bermegah dengan ilmu di dada, Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan, Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sikap pemurah, Mempunyai sahabat yang sentiasa bertambah.

Impianku adalah menjadi pemuda yang menghormati ibu dan ayah, Sentiasa berbakti kepada keluarga dan masyarakat, Memimpin dan menjaga kerukunan rumah tangga, Mendidik dan menyerapkan peradaban Islam ke dalam jiwa iateri tercinta dan anak-anak tersayang, Hidupku penuh kesederhanaan, Kerana dunia bagiku ialah rumah sementara dalam menuju akhirat hakiki.

Impianku adalah menjadi pemuda sentiasa bersedia menjadi iman, Hidup dibawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW, Mudah diajak berbincang dan bicara, Sentiasa menundukkan pandangan, Sujudku membuahkan rasa hina diri sebagai hamba, Tulus ikhlas mengharapkan rahmat Allah.

Impianku adalah menjadi pemuda yang tidak terlena dengan hambatan dunia, Kerana daku mengimpikan Syurga Firdausi, Disitulah rumahku kekal abadi, Dan aku ingin membawanya bersama! SIAPAKAH DIA?

41 ulasan:

  1. Insyaallah, inilah impianku...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...InsyaAllah, selalu memperbaiki diri kan?

      Padam
  2. siapakah agaknya pemuda ini....dan masih adakah pemuda seperti ini sekarang....alangkah bertuahnya ibu2 yang memiliki anak2 muda berjiwa besar dan penuh kemuliaan ini....

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..semoga impian datang dengan usaha, ilmu dan amal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...menjadi yg terbaik buat diri sendiri

      Padam
  4. kata2 dlm entry KY ni sama seperti kata2 hati ayie jer....x sangka betul laa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya? KY boleh baca isi hati orang lah ni..hehehee

      semoga ayie akan menjadi yang terbaik aamiin

      Padam
  5. Walaikumsalam...
    Klu impianku ya....jadi orang yg sukses menuntun keluarga didunia dan akherat....INSYA-ALLAH

    BalasPadam
  6. semoga impian itu bisa menjadi kenyataan..insya ALLAH :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...aamiin, jangan pernah putus asa untuk menjadi yg terbaik

      Padam
  7. السلم عليكم ورحمة الله

    Nabi s.a.w. pernah bersabda, daripada Mu’adz bin Jabal r.a., beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: “Wajib mendapatkan kecintaan~Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan yang saling berkunjung kerana Aku, dan yang saling berkorban kerana Aku.”

    Maka setiap lelaki yang mencintai Allah, akan ada kecintaannya kepada muslimin dan muslimat. Ia tak ubahnya seperti perenang mahir, kalau hendak mengajar anak kecil berenang, ia akan menariknya serta membiarkan anak tersebut berada di sampingnya sampai mahir dan mampu berenang sendiri. Jika sudah mahir dan dipercaya, ia bisa dibawa ke laut yang dalam dan dibiarkan berenang sendirian.

    Begitulah kehidupan kita di dunia, dipimpin dan memimpin agar matlamat kebahagiaan di akhirat dikecapi bersama dengan orang-orang yang dikasihinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz,

      Alhamdulillah....terima kasih ustaz, atas penjelasannya, semoga kita semua mampu menjadi yg terbaik..InsyaAllah

      Padam
  8. Hmm, sepertinya pemuda seperti itu sudah jarang ada ya KY.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang jarang, tapi rasanya semua lelaki mempunyai keinginan begitu, cuma ada yg menghalang mereka, iaitu syaitan..

      Padam
  9. Hadir dan menyapa teman. Salam kenal dari Tiara.

    BalasPadam
  10. insyaallah impian mnjadi knyataan ..

    BalasPadam
  11. wah,,, benar2 pemuda impian...

    BalasPadam
  12. seorang lelaki ada banyak masalah. jika mereka pandai, mesti boleh handle masalah itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, mereka yang beriman dan bertakwa, akan menghadapi semua itu dengan bijak

      Padam
  13. kadang2, impian hanya sekadar impian, impian hanya sekadar angan-angan.... sapa tak nak jadi seperti yg tersebut di atas, tapi, berapa banyak lelaki yg betul2 meniti impian itu. yg tak membiarkan ianya hanya sekadar impian, tapi reality...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan mereka tak mahu menjadi yang terbaik, cuma rasanya mereka lebih tertarik pada turutan hawa nafsu..kan? kalau mereka benar2 dan takutkan Allah...InsyaAllah, mereka pasti boleh

      Padam
  14. dah jarang sangat jupe lelaki yg macam ni

    BalasPadam
  15. Nice article really I like great day 4U,salam ukhuwah.

    BalasPadam
  16. selamat pagi teman,

    InsyaAllah...nanti KY singgah

    BalasPadam
  17. impian aku pon cmtu..semoga aku sentiasa dapat muhasabah diri mengejar impian tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...usaha tanpa putus asa, pasti akan berjaya

      Padam
  18. moga saya ditemukan jodoh..eh?? ^_^

    BalasPadam
  19. Semoga saya dapat menjalankan impian2 baik diatas, amin,, sob, uda ku follow blognya, follow back ya, terimakasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...aamiin

      ok..nanti KY singgah

      Padam