Takut Melihat Remaja Sekarang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Kalau dilihat perkembangan dunia kita sekarang sememangnya membanggakan kan? KY pun bersyukur kerana dilahirkan di bumi Allah yang aman damai ini. Namun ada segelintir manusia yang terlalu taksub akan keduniaan. Semoga kita tidak tergolong dalam manusia itu..InsyaAllah..

Semalam KY terjumpa beberapa berita di akbar, tentang wanita. Terkejut sekejap KY. Rupanya masih ada lagi wanita-wanita yang mudah ditipu? Ditipu teman lalaki. Salah siapa??? Boleh ke kita salahkan mereka (lelaki)100%? tidakkan? kerana itu juga kekhilafan dan kesempatan yang kita relakan.

Cuba u alls baca kes ini dulu Dibelasah teman lelaki Nigeria


Dan satu lagi Mangsa rogol teman lelaki.

Kita bangga ye punya teman lelaki? Dengan mudahnya kita mengikut kemahuan mereka, kesana kemari, tapi bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, ibu bapa dan masyarakat juga yang kita cari, tapi sewaktu diambang keasyikan, lupa mereka...tapi itu tak apa lagi, yang paling mengerunkan, lupa pada Allah dan Rasulullah....Allahhu akbar....

KY takut lihat remaja sekarang, dengan pergaulan bebasnya. KY juga pernah mengalami alam keremajaan, tapi rasanya, masih mampu berfikir, mana baik dan buruk, kita diajar, dididik dari hari pertama kita lahir. kitakan diberi akal..gunakanlah..Kita inikan orang melayu, beragama Islam lagi, kemana kita tinggalkan ajaran-ajaran Rasulullah saw? bila ada yang menghina Islam kita marah, padahal, kita sendiri yang menjatuhkan nilai-nilai Islam...Nauzubillah...

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Israk: ayat 32)


Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)





44 ulasan:

  1. betul tu KA ada 2 anak yag menigkat remaja, aduhai kecut perut bila baca berita2 macam ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan senang mendidik anak2 kan KA, ibarat kain putih yg hendak dicorakkan

      Padam
  2. iman goyang mcm2 hal bleh jadi kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerna itulah iman dan taqwa sangat penting dalam setiap diri manusia

      Padam
  3. entah lah apa nak jadi dunia skrg
    semua pokok pangkal kepada pemimpin kita
    sama juga kalau dlm rumah siapa dan bagaimana pemimpin kita ..
    di titikberatkan agama atau tidak
    begitu juga pemimpin .. kalau kita dpt pemimpin yg menitikberatkan keagamaan .. insyallah semua nie x akan berlaku huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapikan kak, pada pengalaman yg ada disekeliling KY, ada jua yg sesetengah dari keluarga yg kuat agama, tapi mereka lebih mudah terpengaruh dengan kawan2...

      Padam
  4. subhanallah,,
    takut sangat dg azab allah,
    smoga terjauhi dari perbuatan macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...semoga Allah sentiasa melindungi kita

      Padam
  5. merinding shiva bacanya,
    Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."

    #semoga kita semua dijauhi dari perbuatan zina, amiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...sama2 kita muhasabah diri dan menjauhi perkara yang dilarang aamiin

      Padam
  6. dunia akhir zaman~ nauzubillah.. terkadang mereka ini seorang yg berpelajaran, tapi mungkin kurang didikan agamanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan juga itu, kalau kita amati, ramai dikalangan mereka yg masih belajar di menara gading, tapi mereka tak dapat nak erfikir dengan matang soal nafsu

      Padam
  7. takut jua azab allah,
    subhanallah.. smoga dijauhkan dari zina kita semua.

    BalasPadam
  8. ish..ish..semoga tak ada keluarga terdekat yg kena kes2 macam ni..takut sungguh laa..

    BalasPadam
  9. Betul tu KY....zina adalah dosa besar
    Islam mengenalkan istilah "khitbah" (melamar/meminang)
    Ketika seorang laki-laki menyukai seorang perempuan, maka ia harus mengkhitbahnya dengan
    maksud untuk menikahinya pada waktu yang ditentukan.
    Selama masa khitbah, keduanya harus menjaga agar tidak melanggar aturan-aturan
    yang telah ditetapkan oleh Islam, seperti berduaan, memperbincangkan
    aurat, menyentuh, mencium, memandang dengan nafsu, dan melakukan
    selayaknya suami istri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam banyak larangannya, dan itu yang perlu kita patuhi..

      terima kasih reo, atas penjelasan itu

      Padam
  10. takut...gerun...sedih...mcm2 perasaan ada KY...bila baca petikn hadis tu...terutama yg last...anak zina tersebar di kalangan masyarakat...ayie rasa ia memang telah jadi wabak dlm masyarakat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...sukar dibendungkan? semoga Allah memberi hidayah pada mereka2 yg khilaf dan semoga kita juga akan sentiasa berhati2 menempuhi kehidupan yg ada..InsyaAllah

      Padam
  11. السلم عليكم ورحمة الله

    Memang menakutkan, namun kita tidak boleh berdiam diri. Semua pihak mesti memainkan peranan masing-masing agar agama kita tidak tercemar. Ibubapa memainkan peranan penting. Anak-anak pula perlu patuh dengan arahan ibubapa. Ilmu Agama perlu ditekankan. Semua pihak perlu menegur dan menyampaikan kebaikan di samping menegah kemungkaran...Insya Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz,

      betul tu ustaz, sama2 ada tanggungjawab, apa lagi ibu bapa, semoga kita dapat memendung masalah ini..InsyaAllah

      Padam
  12. betul la ky cakap.
    follower sikit je tapi jumlah pembaca dan pengomen lebih dari jumlah follower..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. eehmmm...Alhamdulillah, ada yg sudi singah kat blog KY yg tak seberapa ini..

      Padam
  13. Sungguh benar KY, takut akan melihat pergaulan anak remaja sekarang, kalau di ingatkan, malah jawab nya kita ketinggalan jaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulahkan?, mereka fikir org tua ni kolot, ibu bapa bukan marah mengikut zaman, tapi bila dah keterlaluan dan meninggalkan landasan2 Islam..itu yg membangkitkan kemarahan

      Padam
  14. seram bila baca berita macam tu..hurmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmm...takutkan, semoga kita sentiasa berhati2

      Padam
  15. Minta dijauhkan anak cucu kita daripada perkara buruk macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah....aamiin, perlu meningkatkan didikan lagi kan?

      Padam
  16. Begitulah RENCAH dunia.Semakin ramai dah TAK AMBIL kisah soal HARI PEMBALASAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takut lihat isi2 dunia yg ada sekarang, semoga kita sama2 muhasabah diri dan saling membantu

      Padam
  17. . . semoga aja para remaja sekarang dikuatkan tembok iman nya, agar tetap kokoh dan terhindar dari godaan iblis yg berniat untuk menjerumuskan manusia. tapi kayaknya jaman sekarang lebih mementingkan kata gaul daripada menjaga imannya . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, lebih suka menurut kata nafsu,

      Padam
  18. inilah dikatakan dunia akhir zaman....lemah imannya dan ikut hawa nafsu....

    BalasPadam
  19. remaja sekarang ni dah jauh sangat terpesong....

    takde bangga nyer kalau ada boyfriend...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaaa...itulah, tapi kalau kat bandar, sakit mata tengok mereka, over lebih pada yg dah kawin ni,

      Padam
  20. inilah akhir zaman ...ckckck

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin ini salah satu petandanyakan?..sama2lah kita muhasabah diri

      Padam
  21. Balasan
    1. eemm...remaja sekarang terlalu beranikan?..betul2 takut lihat perkembangan remaja..

      Padam
  22. disebabkan masalah nie...Kementerian Pelajaran sedang membuat program yang berfaedah untuk anak2 remaja terutamanya perempuan...Kancil pun lihat memang membimbangkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguskan, jadi tak adalah anak2 itu membuang masa...

      Padam