Kisah Berkat Membaca Bismillah


Assalamualaikum



Hari ni, KY ada satu cerita nak di kongsi bersama. Sebelum KY teruskan baca dulu kisahnya ini....

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Subhanallah....Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Lihatlah teman-teman, seandainya kita sentiasa mencintai dan melakukan suruhan Allah, Allah takkan pernah mengecewakan kita. Semoga kita mendapat ikhtibar dari cerita ini...InsyaAllah

37 ulasan:

  1. Dengan kalimah Allah. semua adalah baik sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. subhanallah...jangan sesekali kita lupa, ucaplah sentiasa, pasti kita akan mendapat perlindungan dariNYA...InsyaAllah

      Padam
  2. "Dialah Allah Tuhanmu, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu, kerana itu hendaklah kamu menyembah Dia." - al-An'am (102)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamdulillah...hanya DIA pemilik segalanya

      Padam
  3. thank for the story.. amalkan baca bismillah sblum buat sesuatu prkara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...menjadi amalan setiap kali melakukan sesuatu, itulah yg terbaik
      welcome

      Padam
  4. Bismillahirrahmanirrahiim...

    semua bacaan2 yg menyebut nama Allah adalah lebih besar dari dunia dan segala isinya...kerana dunia dan segala isinya ini pasti suatu hari akan lenyap selenyap-lenyapnya....manakala nama2 Allah kekal tiada penghujung...weeee.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap kali kita menyebut ayat2 suci itu, hati kita pasti akan terasa tenang, semoga Allah sentiasa melindungi kita, InsyaAllah

      Padam
  5. Hebatnya ucapan Bismillah.. kat utube sy tgk sorang laki menundukkan kambing biri2 hanya dgn ucapan bismillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. subhanallah....Allah maha besar, dan DIA adalah pemilik semua

      Padam
  6. kuasa Allah.. dengan bismillah juga, nabi sulaiman menghantar surat kepada permaisuri balqis yg akhirnya memeluk islam..

    "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
    (An-Naml, 27 : 30)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bismillahirrahmanirrahiim......Allahhu akbar...

      Padam
  7. cerita ini sepertinya pernah aku dengarkan sejak kecil dahulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita teladan buat umat Rasulullah saw...

      Padam
  8. kalo setiap perkara yg baik dimulakan dengan kalimah allah, insha allah, allah akan tolong..lebih-lebih lagi masa nak masuk exam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...segala yang baik semuanya daripada Allah swt

      Padam
  9. Subhanallah.
    itulah kekuasaan n kebesaran Allah..

    kisah di atas kan di jadikan panduan tuk kehidupan kita supaya kita lebih dekat padaNya..Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...dan titik untuk kita terus mengucapkan kalimah Allah

      Padam
  10. Walaikumsalam...
    Subhanallah....hanya dengan Bismillah ya KY

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

      ” Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim maka terputuslah berkatNya “. wallahualam

      Padam
  11. Wow, bener2 sgt bermanfaat bagi sye kak dengan cerita diatas..
    nice sharingnya kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan untuk UN je, untuk akak sekali, semoga kita sentiasa menyebut kalimah Allah sebelum melakukan sesuatu, InsyaAllah

      Padam
  12. sgt mengharukan KY dg artikel ne la.
    allah maha besar lagi maha pengasih.

    sungguh allah maha esa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahhu akbar...semoga kita menjadi hambaNYA yg taat aamiin

      Padam
  13. . . aq pernah baca ini kawan,, emank bener^ kuasa Allah tiada tandingan nya?!? . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. kisah di bangku sekolah, dan yg harus menjadi pedoman buat kita

      Allah segalanya, pemilik alam semesta

      Padam
  14. Sesungguhnya Allah akan menunjukan mukjizat untuk umat yang berada dijalan-Nya. Yakinlah!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kita mengamalkan kalimah Allah, kita akan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt....InsyaAllah

      Padam
  15. Subhanallah sungguh keajaiban dari Allah yang membuat makhluknya ta'at kepada perintah-Ny..
    semoga kita demikian..Insya Allah.. aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah....aamiin

      Tuhan pemilik semesta alam, dan kita wajib taat kepadaNYA

      Padam
  16. السلم عليكم ورحمة الله

    Tiada apa pun yang boleh mendatangkan mudarat kepada sesiapa pun melainkan atas izin Yang Maha Berkuasa dan Pencipta...

    BalasPadam
  17. Balasan
    1. terima kasih kancil...renyngan untuk kita bersama

      Padam