Catatan rindu: Hormati Dan Hargailah Mereka

Assalamualaikum
Bicara santai tentang cinta

Hari-hari cakap pasal cintakan? nak buat macam mana, dah namanya blog cinta, tapi boleh apa postkan cerita lain kan? kan?kan? hehehhe...

Kali ni pun nak cakap pasal cinta jugak, tapi cinta ini lebih bermakna, tanpa mereka..tak mungkin kita disini sekarang. Dapat mengenal dunia ciptaan Tuhan yang hebat ini...subhanallah.

Uolls masih ada ibu bapakan? Ibu bapa KY dah tak ada, mereka dah dipanggil Ilahi, sebelum sempat KY berbakti pada mereka...



Sementara mereka masih ada, sayangilah mereka seadanya. Mereka tak mengarapkan harta bergunung dari kita, cuma ingatan dan kasih sayang kita yang mereka perlukan. Jangan sampai kita yang menyesal nanti.

Pada uolls yang sudah kehilangan mereka, jangan ingat tugas uolls sudah selesai...sebagai seorang anak tugas kita tidak akan pernah habis walau mereka telah pergi, ingatan dan doa harus kita hantar setiap masa. Bukan selepas solat saja kita boleh berdoakan?

Yang penting sekali kita harus menjadi anak yang bertanggungjawab, soleh dan membanggakan mereka. Kerna itu, redha Allah hadir bersama redha kedua ibu bapa....Rindu kat ibu dan ayah....Al-fatihah

34 ulasan:

  1. betul tu.. kita harus menghargai jasa ibu dan bapa selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. jasa mereka tak mampu kita balas dengan wang ringgitkan?

      Padam
  2. paling baik..tanda syg pd mak ayah..ialah dgn mendoakan kebaikan utk mereka tiap2 lepas solat..terutama solat fardhu...^__^

    BalasPadam
  3. salam KY

    Bersabar k... jadilah amalan soleh menjadi bekalan ibubapa KY di sana..

    sedekah pahala kepada mereka, cthnya KY pergi kuliah agama,niat dalam hati pahala ini ku sedekah kepada ibu bapa ..

    Insya Allah..

    jadilah anak yg solehah. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam Naim

      InsyaAllah...mekasih naim, KY akan ingat selalu

      Padam
  4. salam KY......
    akak masih ada ibu......!!!!!ayah dah lama meningal rasanya belum puas akak berbakti untuknya....sekarang ibu segala galanya untuk akak.....!!!!!harap KY tabah meneruskan kehidupan
    didunia yang penuh godaan dan cabaran ini dengan menjadi muslimah solehah.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam Kak yan

      KY memang tak sempat berbakti, mereka pergi terlalu awal,
      InsyaAllah mekasih kak

      Padam
  5. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga sihat hendaknya...

    Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap kedua ibubapa sebaik mungkin. Bertindaklah sebelum terlambat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam ustaz

      InsyaAllah...itu yang sentiasa KY cuba lakukan, syukran ustaz selalu berkunjung ke blog KY

      Padam
  6. salam KY nie kak yatie ke?buat blog baru ek?betul kena sayangi mereka selagi ada..bila takde baru rasa kehilangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam TF

      kebiasaanya begitulah lumrah manusia, sudah tiada baru terasa

      Padam
  7. termenung skejap nasir bace entri ni.. kagum dgn ky krna tabah menempuh hdup ini tanpa kedua ibu bapa disisi.. beruntung nasir masih ada ibu. semoga arwah kedua ibu bapa ky ditempatkan ke dalam golongan orang yg beriman.. amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin aamiin ya rabbal Alaamiin...

      Alhamdulillah..kerna KY waktu itu masih punya abang dan kakak

      Padam
  8. kalau nk anak soleh, kena jadi anak soleh dulu.. kan? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. didikan dr awalkan? InsyaAllah..kita bakal melahirkan anak2 yg soleh Aamiin

      Padam
  9. sama dengan akak...

    takde mak ayah...
    walaupun takde tapi tetap rasa diorang ada...
    sebab masih ada bakti yang perlu di buat untuk diorang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka ini tetap di hati kita, kerana tanpa mereka kita pun tiada

      Padam
  10. pesanan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah bagus untuk diamalkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...

      KY suka dengar motivasi Dato'Fazilah

      Padam
  11. harap dapat menabur bakti ke kedua mak ayah , mereka dh byk berjasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...InsyaAlllah

      Padam
    2. Tabur tepung tawar sekali miss klanika. Kehkeh.

      Lagi 1 kalau ibu bapa sarcasm mesti best.

      Apa tabur2? Kamu ingat aku pokok nak dibaja?

      Padam
    3. adam...baik apa kita tabur tapi janganlah tabur baja tahi ayam..eeemmmm...kita tabur dengan doa

      Padam
  12. betul tu....

    comey blog KY..=)

    BalasPadam
  13. Wa'alaikum salam..
    super sekali postingannya..
    I like it..

    BalasPadam
  14. Wah, Sis, Awan nak nangis. Rindu pada arwah Bonda. Tak sempat nak berbakti pada Bonda. Sampai sekarang masih jelas di ingatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bonda kita akan sentiasa diingatan...hanya doa yang mampu kita iringi bersama...al-fatihah buat bonda kita

      Padam